Thursday, 21 April 2011

CERITA RESEPI: Nasi Arab Istimewa


NASI ARAB
Sumber: Hanieliza

Bahan
  - 1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
  - 1.5 liter air
- 500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
- 1 tin kecil kacang peas
- 1 cawan kismis
- 3 biji cili merah
- 3 biji cili hijau
- 1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
- 1 pokok daun ketumbar ]
- 3 s/b minyak
- 5 s/b minyak sapi
- 2 s/b serbuk jintan manis ]
-  1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
- bawang goreng
- gula
- garam


Bahan tumis
-5 ulas bawang merah ]
-3 ulas bawang putih ] mayang
-1 labu bawang besar ]
-3 cm halia ]
-2 inci kulit kayu manis
-3 kuntum bunga lawang
-5 kuntum bunga cengkih
-3 biji buah pelaga
-2 s/k jintan manis
-1 s/k jintan putih
 

Cara:
- Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
- Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
- Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
- Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
- Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup
  sebentar.

Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

AYAM TANDOORI
Sumber: Hanieliza

Bahan
-1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]
-1 paket rempah tandoori MAGGI
-3 s/b cili mesin
-1 s/b serbuk kunyit














-5 s/b tepung goreng ayam
-3 ulas bawang merah ]
-2 ulas bawang putih ] mesin halus
-2 inci halia ]
-garam

Cara

- Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 atau 2 jam.
- Bakar dalam oven yg dah dipanaskan suhu 220'C selama 1 jam.
- Bila dan masak lumurkan butter supaya nampak berkilat.

Monday, 18 April 2011

CERITA RESEPI: Opor Daging

sedap je nampak....pandai tuan punya resepi ni amik gambar kan...jom cuba

Bahan:
1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
1 biji kelapa [4 cawan santan]
2 s/b kerisik
1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
3 s/b rempah kari daging ]
1 s/k jintan putih ]
3 keping asam keping
minyak
garam

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan mesin:
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai

Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.
Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.
Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yg kecil sehingga mendidih dan daging lembut.
Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.
Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning


~~selamat mencuba~~

CERITA RESEPI: Bergedil Daging Keluarga diana



Bahan-bahannya
 1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan  dipotong bulat
 300 gram daging cincang
 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
 3/4 cawan bawang goreng
 secekak daun sup, dicincang
 2 ulas bawang putih
 2 sudu teh serbuk lada putih
 garam secukup rasa


Cara-caranya
-Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
-Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih.
 -Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang.
 -Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
 -Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat.
 -Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. 
Gaul rata adunan.
 -Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
 -Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah  bila digoreng.
 -Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng.
-Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing.



~~selamat mencuba~~

CERITA RESEPI: DAGING REBUS BUTTER & KICAP CIKDAK marvelloussss....

mcm sedap jer....mami nk cuba laa....ermm yummy..


Bahan-bahannya
   -
 1 kg daging fillet
   - 
1/4 cawan kicap pekat
   - 
1/4 cawan kicap cair
   - 
1 sudu besar lada hitam
   - 
5 ulas bawang putih
   - 
1/3 ketul butter
   - 
6 cawan air


  Cara-caranya
   -
Daging dipotong kepada 2 atau 3 sahaja dan dibersihkan.
   - 
Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
   - 
Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok. 

   - Gaul daging dengan bahan-bahan tadi dan biarkan dalam ½ jam untuk diperap
   - Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk.
   - Jangan lupa balik-balikkan daging supaya mesra semua bahagian.
   - Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan.
   - Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
   - Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.





~~selamat mencuba~~

CERITA RESEPI: Sedapnyaaa puding caramel....

frm.....> yani@myresipi.com
Sekejap rasa macam mkn cheesecake.. sekejap rasa macam makan puding ;-)

Bahan-bahan ( 4 orang )
·         [ Karamel ]
·         70g gula
·         2 sudu kecil air
·         2 sudu besar air suam
·         [ Puding ]
·         180g cream cheese
·         70g gula pasir
·         1 biji telur kuning
·         3 biji telur
·         450g susu segar
·         1 sudu besar jus lemon

Cara-cara
1.    Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
2.    Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
3.    Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
4.    Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5.    Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
6.    Sejukkan sebelum dihidang.


CERITA RESEPI: Kek Coklat Lembab....nyummy


Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk
Sumber resipi: fendy75@myresipi.com & anakku soleh