mcm sedap jer....mami nk cuba laa....ermm yummy..
Bahan-bahannya
- 1 kg daging fillet
- 1/4 cawan kicap pekat
- 1/4 cawan kicap cair
- 1 sudu besar lada hitam
- 5 ulas bawang putih
- 1/3 ketul butter
- 6 cawan air
Cara-caranya
- Daging dipotong kepada 2 atau 3 sahaja dan dibersihkan.
- Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
- Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
- Gaul daging dengan bahan-bahan tadi dan biarkan dalam ½ jam untuk diperap
- Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk.
- Jangan lupa balik-balikkan daging supaya mesra semua bahagian.
- Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan.
- Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
- Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.
~~selamat mencuba~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment